Vitamin C merupakan salah satu rantaian vitamin yang sangat di perlukan oleh badan kita tapi badan kita tidak boleh menjana atau hasilkan sendiri. Jadi kita perlu ambik vitamin C ni melalui makanan.
Vitamin C ini terdiri daripada 3 bentuk secara kimia iaitu Ascorbic Acid (ascorbates), Ascorbate Free Radical dan juga Dehyroascorbate.
Ketiga-tiga bentuk ini bertangungjawab dalam penyebaran dan aktiviti-aktiviti penting dalam reaksi biokimia,pelindung intracellular sel dan bertindak sebagai penyumbang elektron bagi radikal bebas (free radical).
Apa Fungsi Sebenar Vitamin C?
Vitamin C merupakan satu elemen penting dalam pertumbuhan dan pembaikian tisu pada seluruh bahagian badan kita. Vitamin C juga membantu badan dalam menghasilkan kolagen, iaitu protien penting yang di gunakan untuk membuat kulit, rawan,ligamen, tendon dan juga saluran darah. Vitamin C juga di perlukan untuk menyembuhkan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin C merupakan salah satu antioksidan bersama dengan Vitamin E, dan juga beta-kaerotena dan lain-lain nutrien yang berasaskan tumbuhan. Fungsi antioksidan adalah menyekat sebahagian sel-sel daripada kerosakan yang di sebabkan oleh radikal bebas,iaitu bahan yang merosakkan DNA sel. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa dalam badan kita akan menyumbang kepada proses penuaan, dan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain sebagai contoh kanser, artritis dan penyakit jantung.
Apa Kesan kalau kekurangan Vitamin C?
- Akan berlakunya anemia (dari anemia sederhana sehingga anemia yang kritikal
- Haemorrhages (salur darah bocor) ke otot tangan dan kaki, sendi-sendi dan juga kerosakan kuku
- Penyakit kulit - menjadi seperti lebam
- Gigi mudah tercabut dan berlaku pendarahan pada gusi
- Sukart mengawal stress
- Masalah penghadaman
- Selalu selsema, letih dan demam
- Kurang tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah
- Senang di serang penyakit akibat dari daya imun badan yang rendah
- Resdung,alahan dan alergik yang teruk
Jadi kesimpulannya Vitamin C ni memang sangat-sangat penting untuk badan kita supaya kita boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat. Kena sentiasa ingat sekecil-kecil usaha kita untuk menjaga kesihatan kita akan memberi impak yang besar pada diri kita pada masa akan datang.
Cara paling mudah untuk korang semua dapatkan Vitamin C adalah semestinya daripada produk yang terjamin semula jadi dan terbukti iaitu Vitamin C Shaklee
Kepada korang yang nak dapatkan Vitamin C Shaklee atau produk yang lain, bolehlah cuba hubungi kami sekarang. inysAllah saya akan bri konsultasi yang terbaik untuk korang!
- Nur Idayu Apandi
- Ridwan Afif Mohamad
- Founder of Magnificent Empire
- Call or Whatsapp 0111 147 3530
- Call or Whatsapp 014 607 0221
- Atau boleh layari Facebook Page ayu di SINI
0 comments:
Post a Comment